penglipurlara

My photo
Cyberjaya, Malaysia
I'm happily turning 25. Don't too close, I'm scarier than your mother.

someday

DO FAIRY TALES COME TRUE DADDY? NO HONEY, DREAMS COME TRUE.

Monday, November 15, 2010

tidak mungkin ada

kadang kadang orang perempuan boleh dikatakan lebih 'rela' dr org lelaki (bukan semua). apa yang aku maksudkan, lebih dr kesanggupan utk buat apa saja utk mgembirakan hati org yg disygi. lebih mengambil serius setiap bait perkataan yg diluahkan oleh lelaki. lebih mengekspresikan walaupun bukan dgn kata-kata. lebih teliti  dan lebih merangcang dan paling penting lebih mempercayai. baik pada kata-kata ataupun setiap harapan yg diberikan. ya, kdg2 perempuan merelakan dirinya menjadi bodoh walaupun seminit. kerana itulah perempuan sering dipandang lemah oleh org lelaki. ( bukan semua )

perempuan..... sebaik mungkin disorokkan kesedihannya walaupun punca kesdihan itu dtgnya dr org yg disygi. kerana tidak mahu dibesar dan dipanjang jelakan. 
perempuan.....walau dimana saja dia pergi, dia tetap membawa hatinya. hati yg mempunyai nama seorang lelaki yg disygi. pergilah kemana saja, kenangan mesti menyinggah kdg kala. ckuplah sekadar mhantar sms utk mengingatkan kenangan itu pd si dia.
perempuan..... kemana saja dia bergembira, tidak pernah sesekali dia lupa membelikan sesuatu utk si dia. walaupun hanya setin nescafe, sekurang-kurang dia tidak pernah lupa minuman kegemaran si dia.
perempuan.... setiap hari dia pasti tidak lupa untuk ucap selamat mlm, cuma kdg kala dia hanya ucap dlm hatinya kerana tidak mahu nmpk terlalu terhegeh hegeh. 
perempuan... akan menangis jika dia termimpi sesuatu yang buruk tentang si dia. lalu diambilnya baju si dia yg diletakkan di bwh bantal, diciumnya berkali kali
perempuan... sebolehnya tidak mahu menunjukkan yg dia cemburu namun kdg kala ada hadnya..
perempuan... dia menangis apabila melihat si dia sakit dada di depannya. kerana apa? sungguh, dia tidak mahu kehilangannya lagi.
perempuan.... membasuh baju si dia di tgh tgh mlm sudah menjadi satu hobi. tidak.. langsung tidak membebankan..
perempuan... cuba utk menjadi org yg teristimewa di hati si dia walaupun kdg kala dia percaya harapan itu tidak semestinya indah.


lelaki....kdg kala dia tahu dia lah punca kesedihan itu tapi........ego masih menyelubungi diri..
lelaki.....kemana dia pergi, untunglah kalau dia teringat pada si dia...  walaupun dia suka dan tersenyum mendapat sms yg berbaur kenangan itu, namun dia tidak mungkin membalas terus.. mungkin 30min selepas kerana tidak mahu nampak terlalu teruja.
lelaki....dia tahu membeli sesuatu itu antara perkara yg istimewa. tapi dia tidak mahu membalas perbuatan itu kerana dia tahu die seperti memberi harapan walaupun dia tidak sedar dia terlalu byk memberi harapan sebelum ini.
lelaki....dia hanya membalas ucapan selamat malam itu dan tidak rasa untuk berbual perkara lain.
lelaki.... tidak akan menceritakan tentang mimpinya..lebih lebih lagi tentang si dia.. hanya bercerita tentang mimpinya apabila dia merasakan mimpi itu sesuatu yg melucukan.
lelaki....dia tahu si dia cemburu tetapi kdg2 dia suka pula melihat si dia cemburu. mungkin kerana geli hati melihat perubahan muke si dia dan sekurang2nya dia tahu si dia menyanginya. tapi.......jika cemburu itu pd tahap yg serius, dia akan cuba menenteramkan si dia.
lelaki....dia terkejut apabila melihat si dia yg menangis sambil mengurut dadanya. tapi dia memulihkan keadaan dgn berjenaka seperti dia tidak merasa langsung kesakitan ketika itu.
lelaki.... dia sering mengatakan dia tidak mahu menyusahkan si dia padahal dlm hatinya dia hanya inginkan si dia membasuh bajunya.
lelaki..... dia memerhati, dia mendengar, dia melihat dengan segala apa yg dilakukan oleh si dia tapi.... inilah lelaki... yg sentiase mengagungkan egonya yg secara tidak sedarnya telah melukakan sekeping hati yg dipanggil perempuan. entah sampai bila.. 

setiap org lain penilaiannya.. setiap org ade sifatnyaa yg tersendiri. tidak mungkin kita mendapat pasangan yang betul betul sempurna. cuma dengan akal fikiran, kita mampu mengawal ketidaksempurnaan itu. paling penting, hati  itu mestilah tetap. tidak ade yg kedua tidak ade yg ketiga.
kadang kala perempuan ini tidak faham walaupun dia tidak pernah jemu utk cuba memahami. apa lg yg tidak cukup, apa lg yg tidak kena. perkara seperti inilah mendorong perempuan sering berfikir tentang kelemahan dirinya. cantik, tidak cantik, kurus, gemok, manis, masam, hitam, putih. bongok.bangang.semua sekali. sekali lagi perempuan merelakan  dirinya menjadi bodoh. perempuan....tidak ada yg tak kena dgn diri mereka. tuhan menciptakan kaum hawa drpd tulang rusuk nabi Adam dan sesempurna Siti Khadijah, semulia Summayah dan secantik Siti Zulaikha. Allah menciptakan sebaik baik manusia, cuma kita sendiri yg menentukan pangkalnya. 

jangan jadikan tindak tanduk lelaki membuatkan perempuan lagi lemah. lelaki tidak nampak. ya! lelaki tidak pernah nampak keistimewaan perempuan melainkan mereka betul-betul melihat apa yg dipandang. mungkin mereka memandang tetapi malangnya tidak betul betul melihat. perempuan.... pandang kehadapan..jgn toleh kebelakang lagi. jangan pernah menyesal. jangan pernah jatuh. jangan biar buta. aku....tak mungkin jatuh sekali lg, tak mungkin sebuta dulu, tak mungkin menyesal kembali... kerana akulah perempuan istimewa itu yg sentiase membawa hati ini kemana saje aku pergi..

p/s : carilah perempuan yg lebih menyayangi kau lebih daripada yang aku berikan.. tidak mungkin ada.. :)

No comments: