dugaan itu langsung tidak jemu menguji aku. dari hari ke satu hari. dari saat ke satu saat. hati ini keliru dimana tempatnya. disini tidak disana pun tidak. mungkin aku belum dapat apa yang aku idamkan dan aku inginkan. masih menunggu, menunggu dan terus menunggu. entah sampai bila hati ini hendak jemu. mungkin esok? mungkin lusa? mungkin tak akan jemu sampai bila bila. walaupun aku tahu hari aku tidak selalunya indah. tapi ALHAMDULILLAH... sikit demi sikit ia berubah. namun masih belum pada fasa yang aku inginkan. aku terlalu demand? naah... aku tidak minta lebih. tapi cukuplah hanya dia seorang aja yang tahu apa yg aku inginkan..
cinta ini goyah seketika bila sekeping hati seorang lelaki datang seperti tahu apa yang aku inginkan. alangkah bestnya jikalau hati itu ditukarkan pada insan yang aku sayangi selama ini. tapi tapi tapi...walau apa pun, hati yg aku sayangi selama ini lah yang terbaik dari ladang. satu satunya hati yang mengenali diri ini, yang menyayangi diri ini cuma aku tahu, mengapa dia tidak memberi sepenuhnya pada aku. hanya kita yang tahu... :)
sekali lagi, aku mengaku, buat pertama kalinya hati ini goyah seketika. entah kenapa hati aku suka pada lelaki ini. lelaki yang aku jumpa 2 tahun lepas. dan pernah meminati padanya. kuang kuang kuang! hahahaah.. kini dia datang menghulurkan apa yang aku inginkan. eerrghhhh... apa yang bermain di fikiran aku, "crush itu perkara biasa.." tak biasa mane jugaklah.. 1st time kot... entah lah, tapi semalam baru aku sedar, tak kemana pun.. aku masih syg pada yang lama.. aku tidak boleh boleh hidup berlandaskan 'suka' tetapi 'syg' itu lebih penting dan kuat. cuma, aku berdoa...tolonglah permudahkan urusan aku dgn 'dia' supaya tidak lagi goyah buat kali kedua kerana aku manusia biasa.
dan pada seorang lagi jejaka, aku tahu kau sukakan aku tapi kaulah lelaki paling pemalu yang aku pernah jumpa di muka bumi Allah ini. kenapa? walaupun kau tak ckp terus, tapi dgn setiap cara yg cuba kau sampaikan sangat lah luar biasa bagi aku. jujurnya., kau seorang sajalah yang pernah buat mcm tu pada aku. tapi sayang, kau sangat sangat pemalu dan tak pernah cuba utk berterus terang bercakap tentang hati. entah, mungkin kau tidak biasa dan mungkin juga itu cara kau. apa-apa pun kau antara lelaki istimewa yang dtg dlm hidup aku.. :) walaupun kita tak pernah bangkitkan hal ini, tapi aku tahuu... dan aku mintak maaf, aku masih sayang pada dia walaupun dia tidak pernah buat seperti yg kau lakukan. jadi, nasihat aku, jgn kerana tiada keyakinan diri kau tak sedar yang kau istimewa dan takut untuk meluahkan apa yang kau rasa. mungkin bukan pada aku, tapi tolonglah jangan ada 'bukan' lagi pada perempuan lain.
No comments:
Post a Comment