kita selalu aja dengar apa orang kata "everyone deserve a second chance". bagi aku, penerimaan sesuatu benda, baik kebaikan ataupun keburukan adalah berbeza. and we can't expect people. sometimes expectation is good, but the high one could kill us. kehendak dan kemahuan manusia kita tak boleh nak jangka. ada yg berubah mengikut akal yg logik, ade jugak yg lebih selesa melayan karenah2 emosi. bezanya melampau ataupun tidak, kita sendiri yang kawal. bukan orang lain. bukan sesiapa. kadang kala kita boleh mengelak, tapi saja hendak merasa. merasa apa, kita sendiri pon tak faham. siapa yang boleh baca? siapa yg tahu apa kita rasa bila hati sendiri tak tahu apa yg kita hendak. memang takde sesiapa yg dpt baca. aku rasa inilah kegagalan yg paling memalukan bila kita tak boleh nak mengawal diri sendiri apatah lagi sang hati yg paling mengenali diri kita sendiri. jadi, belajar belajar dan belajar utk mengawal sesuatu emosi dan situasi. pengalaman adalah guru tercinta yg tak pernah jemu utk mengajar kita.
back to the topic, siapa yang layak dapat peluang kedua? bagi aku semua org layak dapat peluang ni. tapi malangnya, bukan semua org sanggup utk memberi. dan paling kasihan kepada org2 yang menungu utk diberi peluang kedua yg juga tak dpt merasa satu perasaan utk menghargai peluang itu. bagi aku, peluang kedua adalah satu penghargaan yg tak ternilai dan tidak mungkin kita akan sia siakan. mungkin disiakan bagi org yg buta erti betapa besarnya makna peluang itu. yang boleh mengubah hidup seseorang, yang boleh mengejar kebahagiaan, yang boleh menyatukan hati dan paling penting, yang boleh mengubah diri sendiri. itulah PELUANG yang paling bermakna. apa2pun, itu semua terserah kepada hak masing2. sama ada memberi itu akan menuju kebaikan ataupun keburukan. manusia semakin bijak berfikir, cuma kelihatan bodoh bila manusia tidak reti membuat keputusan. orang yg memberi dan diberi adalah dua insan yg bertuah kerana tidak lalai dan masih mengambil berat utk menyelesaikan sesuatu perkara. mereka ada rasa itu. tapi ingat, peluang itu tidak semestinya berjaya.
aku sendiri pernah merasa peluang itu. peluang kedua yg aku gunakan sebaik mungkin utk menebus kesilapan lalu walaupun pada mulanya dia pernah ckp dkt aku dulu, bagi dia, peluang kedua itu tak pernah ada dlm hidup and dia tak pernah bagi peluang kedua dkt sapa2. lama lama, dia bagi juga peluang itu. sbb apa? dia aja yang tahu. aku cuba utk pulihkan kembali segalanya. dia pon mencuba utk kembalikan apa yang kami ada dulu. mungkin tidak mahu kemanisan hubungan yg bermula dr seorang sahabat hilang begitu sahaja. tapi rasa dulu tak mungkin sama lagi. jadi aku lepaskan. sperti yg aku cakap td, tidak semua peluang bertemu manisnya. sekurang2 kita cuba dan diberi peluang utk diperbaiki. jika tidak menjadi, itu adalah kerja yang Maha Esa. aku bertuah sbb pernah merasai perasaan itu dan aku rasa aku adalah perempuan pertama yang dia beri peluang kedua. terima kasih :)
jangan terlalu menghukum seseorang. semua org pernah buat silap. tidak susah utk memberi peluang kepada yang layak. matangkan fikiran, lapangkan dada, fikirkan....... layak ke seseorang itu diberi peluang kedua.. hanya diri sndri yg lebih mengenali betol tak? jadi...berilah peluang kedua dan gunakan sebaiknya. penyesalan kesalahan lalu pastinya ckup memberi pengajaran. (tertakluk kpd sifat seseorang) hahahaahahaha.. kbai
No comments:
Post a Comment