penglipurlara

My photo
Cyberjaya, Malaysia
I'm happily turning 25. Don't too close, I'm scarier than your mother.

someday

DO FAIRY TALES COME TRUE DADDY? NO HONEY, DREAMS COME TRUE.

Monday, October 18, 2010

dayus ke tak dayus?

ada ke istilah Syurga di bawah tapak kaki suami? memang kita sedia tahu dan sering kali dengar syurga di bawah tapak kaki ibu, tp kdg2 kita terdgr jugak syurga di bwh tapak kaki suami. persoalan yang menyinggah kat kepala otak aku ni aku rungkaikan dengan bertanya pada bonda tercinta.

" mak..ade ke syurga di bawah tapak kaki suami?"

"ishhh...mana ada. dulu mana ada istilah mcm ni. dah nak akhir zaman ni, menda2 mcm ni pulak timbul. sedangkan bertepuh kulit pon terbatal air smayang, mana pulak syurga di bawah tapak kaki suami. org zaman sekarang ckp mcm tu sbb kononnya nak ckp betapa besarnya tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Syurga tetap di bawah tapak kaki ibu selamanya.."

" baik mak, terima kasih atas ilmu yg diberikan. akan ku bawa hingga ke akhir hayat.. syurga di bwh tapak kaki mak kannnn..." (hahahahahahah..ni tipuuu..aku tak tak jwb mcm ni pon sebenanye..)

okay, terungkailah persoalan yang menyinggah otak aku ni. bkn ape, sejak akhir2 ni aku ade jugak terpikir psl benda ni. tanggungjawab si suami dan isteri, lelaki dayus, dan perempuan yang curang. 

Pernah diriwayatkan dalam hadith :

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله  

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan 
 kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)  

sekarang byk kali kita dengar tentang lelaki dayus walaupun segelintirnya tak tahu ape sebenar-sebenarnya yg dimaksudkan dgn Dayus di dalam Hadis. apa agak2 nya ciri2 lelaki dayus? anyone? hahaha.. aku bukanlah ustazah berwibawa yang mengajar kat tadika kelip-kelip okeh. ini sekadar pendapat dan sedikit bekalan pengetahuan di hari akhirat. 

ciri yang paling ketara sekali aku rasa bila si suami  membiarkan kecantikan, bentuk tubuh isteri dinikmati oleh lelaki lain. second, ketua keluarga membiarkan anak perempuan berdua2an dgn pasangan di rumah. kononnya mak bpk sporting yang memahami. achik kau! hahaha.. third, bila lelaki menyuruh dan bangga dgn anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. byk lagi lah sebenanye. kalau nak diikutkan, secara logiknya kita boleh fikir sndiri menggunakan akal fikiran yang Allah berikan utk membezakan perkara baik dan buruk. tapi kalau kita lihat balik, betul lah mcm 'syurga di bawah tapak kaki suami'. betapa besarnya tanggungjwb si suami utk membimbing isterinya. apapun, dayus bukanlah bermaksud lelaki itu takut kepada isteri atau lebih mudah lelaki yang takut pada kaum wanita. Dayus ini hanya akan jatuh bila si suami ni dah tahu tetapi still buat endah tak endah. tapi kalau tak tahu atas kecurangan si isteri, maka dayus tu takkan jatuh kat kepala suami. 

perempuan zaman sekarang ni mcm2 pe'el nye. maklumlah, ape org kata wanita moden. yang dah ada laki hensem2, baik2 pun still nak bergaul2 mesra dgn lelaki lain. ish ish ish... mungkin dia tak nampak dan tak sedar, oorg sekeliling akan perhati. dan paling malang, mesti ade bunyi2 mcm ni.. " issshhh suami dia tak tegur ke bini dia mcm ni..." PAPPP!! laki jugak yang kena.. tapi tapi tapi, bukan semua perempuan mcm ni okeh.. segelintir sahaja.  kepada kaum Hawa di luar sana, janganlah kita men'dayus'kan kaum lelaki sbb kdg kala mereka sendiri tidak sedar apa yg mereka lakukan akan menjadikan mereka dayus.

jadi, pada sesiapa yang sudah berumah tangga, pertahankanlah mahligai yg dibina. pasti ada dugaan pahit dan pedih sebelum menempuh alam perkahwinan kan? jadi... jgan lah sia2 kan pengorbanan suami dan isteri.

p/s: aku terfikir psl menda ni sejak aku baca kes Fiza yang dikatakan curang dan nusyuz oleh laki die sndri.. ish ish ish..  lepas tu, aku mula lah nmpk ada ciri2 same yang berlaku di sekeliling aku. boring2, saje buat entry mcm ni. aku tahu pelik. diam lah! baca je.. hahahha..

5 comments:

Anonymous said...

fiza tu mengong...dah de laki baik,ensem,kaya,..pn xbrsyukur lg.kasut hantaran jek stuart weitzmen hokeyyy!!!! (materialistik jp :P)

ninaSabrina Hashim said...

fiza tu mengong...dah de laki baik,ensem,kaya,..pn xbrsyukur lg.kasut hantaran jek stuart weitzmen hokeyyy!!!! (materialistik jp :P)

yayangg said...

haaa tahu tape.. tapi tak hensem aah..! hahahahah.. uuiisshhh hantaran nak gempak je kann..

D's said...

memang lah syurga di tapak kaki suami , tapi itu untuk si isteri nyot oi hahaha

yayangg said...

laaa..ni lagi sorg terpedaya dgn istilah syurga di bwh tapak kaki suami.. hahahhahahha