penglipurlara

My photo
Cyberjaya, Malaysia
I'm happily turning 25. Don't too close, I'm scarier than your mother.

someday

DO FAIRY TALES COME TRUE DADDY? NO HONEY, DREAMS COME TRUE.

Wednesday, March 17, 2010

aku gadis sederhana

aku gadis sederhana. yg tidak bersosial. yg tidak terlalu bergaya.langsung tidak kaya. tidak begitu cantik. aku tak ramai kwn, ini kerana aku tak brape suka kwn dgn perempuan. (maaf agak bias statement ni). ada sbbnya kenapa aku kurang berkwn dgn prempuan wlaupun aku sedar suatu hari nnt aku akan perlukan kwn yg bernama perempuan.walaubagaimanapun, aku tidak lah kasar dan tidak terlalu lembut. tp aku agak kebal dgn gurauan2 yg boleh aku katakan akan mengguris hati prempuan2 di luar sane. aku tidak terlalu menjaga kecantikan. aku kurang menjaga kulit. aku sgt memikirkan hal org lain sehingga aku alpa dgn kepentingan diri aku sendiri. menyendiri membuatkan aku berfikir panjang tentang sifat2 plastik manusia yg aku kenali. kadangkala menyesali pertolongan yg dihulurkan dulu kerana tidak dibalas sebaiknya. cukuplah sekadar untuk menjaga sekeping hati yang dipanggil sahabat. sahabat? sinis bukan?

aku masih menjadi gadis sederhana. rutin harian yg sgt membosankan. menghadap hari2 yg tidak seperti org lain. 'berkawan' seperti org lain.menghitung hari dan mengharapkan kebahagiaan baru bakal datang. masih mengharapkan 'yang dulu' datang kembali. aku masih menyesali kesilapan bodoh yg aku sendri lakukan setahun yg lepas. kesilapan yg sangat memberi impak kepada cara hidup aku sekarang. aku menulis novel tentang kisah aku tetapi aku berhenti kerana tidak tahu kesudahannya. kini, aku sudah tahu kesudahannya dan aku gagahkan diri untuk menyambung episod perjalanan hidup aku. semoga "Penantian" akan diterbitkan satu hari nanti yang merupakan impian sulung aku.

aku masih gadis sederhana yg dulu. aku tidak gemar coklat. aku tidak mkn daging lembu. pelik? jgn tanya kenapa, aku pun pelik. aku susah utk sayang lelaki. klu dulu, mungkin aku senang utk terima lelaki dlm hidup aku. tp sampai satu tahap aku sedar dan aku tahu siapa dan apa yg aku perlukan dlm hidup aku wlupun aku bru berusia 20tahun. aku mungkin dikatakan choosy tetapi choosy tu adalah untuk kebaikan masing2. aku seorang yg sgt mempunyai tahap ego yg sgt tinggi yg akhirnya memudaratkan diri sndri dlm perhubungan.wlaubagaimanapun aku tidak terfikir untuk menurunkan tahap ego aku wlaupun hanya satu bar. aku selalu ditinggalkan teman, mungkin aku membosankan. atau.. aku mudah menunjukkan reaksi spontan jika aku tidak menyukai seseorang.

aku masih mahu menjadi gadis sederhana yg dulu. aku bergantung hidup pada ubat semata. rumah kedua adalah hospital kesayangan aku. setiap 6 bulan aku akan disuntik utk diuji darah aku. aku sayang ayah aku yg tak pernah jemu teman aku ke hospital sejak aku di tingkatan 3. dan aku pernah bayangkan jika dia tak ada nnt. aku tidak pernah bercerita tentang sakit pedih aku. wlupun muka aku cukup untuk menggambarkannya. aku tak pernah terasa asing kerana aku sedar semua ada hikmahnya.kdgkala aku menangis, kdgkala aku menjerit di dalam hati, tetapi tiada siapa mampu mendengar. bukan menyesali nasib diri. tetapi kecewa dgn 'org2' yg aku perlukan disisi tiada disitu.

aku memilih untuk menjadi seorang gadis sederhana. aku sukakan kedamaian. aku sukakan ketenangan. aku perlukan secawan teh suam untuk mula menulis novel aku. lebih bagus jika hujan renyai2 membasahi bumi. bunyi tek tek tek..bunyi semulajadi yang memberi byk ilham kepada aku. aku akan ke bukit komenwel jika kelapangan untuk menulis novel.ya, aku mungkin berjiwa halus dan sentimental.

aku yang dipanggil yayangg, masih seorang gadis sederhana, akan menjadi gadis sederhana dan selalu beringat untuk menjadi gadis sederhana. aku minta maaf kerana tidak sesempurna yang kau inginkan.

2 comments:

Mean said...

haku tidak fernah mlihat kau sbegini low self esteem..stimboat. sabarlah wahai lakhanat..

yayangg said...

ahahahahaha..bodoh siall kau mean...