penglipurlara

My Photo
sha alam, Malaysia
im happily turning 22.Bachelor (Hons) of Corporate Communication (Communication & Media).a thousand words.i'm not chick.i'm real.if you catch me, you'll know.currently non-existent love.

someday

나도 언젠가는 날 찾을거야 될 알아, 누가 내게 필요, 누가 내 마음과 영혼이 날 원하고, 나를 사랑 그리고 그는 그가 날 사랑 보여주 무섭지 않아요 사람. 하나 내가 누구 ... 오전 기쁩니다 볼 수 있습니다

Wednesday, October 17, 2012

lelaki yang punya segalanya

sebabnya aku dah bosan dengan lelaki yang punya segalanya.

seluruh perjalanan hidup aku, aku kutip setiap pengalaman yang aku hadap.
terima dengan tertadahnya tangan mendongak langit.
kalau kena taik burung nasib

rasanya tak perlu lah aku nak sembang sana sini apa yang aku 'nampak'
setiap hari.
ingat aku takde thesis nak buat?
kalau rasa hensem meh sini tolong buatkan.
(seriously yang hensem sahaja)

yang tak tahu tapi senyap tu dikira mulia lagi.
yang siap persoalkan tu geli siooollll

ada apa dengan lelaki yang ada segalanya?
kau banyak duit? aku pun ada duit. tapi cukup utk makan sendiri jelah.
tape. every weekend mintak ayah.
tak mati pun?

muka kacak hensem bergaya, gedang, sador?
sekali petik 10 yang datang?
*kalau sepuluh2 yang dtg tua tua berjanggut buat apa tau* (tone p ramlee)
lulz. hambar.

sweet talker.
nampak sangat sepanjang hidup dia kerja nak try perempuan je.
silap silap practice depan cermin hari2.
dah tahu macam tu, nak layan lagi ke?

Cuba sekali bawak lelaki lelaki ni jumpa mak ayah,
tengok macamana cara dia hormat.
tengok cara salam dah tahu selalu salam org tua ke tidak.
benda sekecil ni pun aku boleh perhati.

tengok pulak apa yang dibualkan dgn orang tua.
pengetahuan apa yg dia ada utk yakinkan org tua.
rendah dirinya depan orang tua.
nada suaranya depan orang tua.

apa-apa pun bukan semua.
cuma mengikut pengalaman,

aku bosan dengan lelaki yang punya segalanya.
yang masih aku anggap gagal.

No comments: