tak perlu aku jelaskan mengapa aku begini
jangan beri nasihat seolah olah kau rasa apa yang aku lalui
jangan pernah berani nyatakan kau mengenali diri ini
TIPU
bukan berlagak, bukan riak.
tapi hakikatnya sungguh, aku tak perlukan nasihat sesiapa perihal ini
kerana mereka
belum sampai lagi tahap nya jatuh tersembam bumi seperti aku.
aku bosan mendengar nasihat yang klise.
muak. nak muntah. geli.
yang akhirnya aku hanya ketawa sinis mendengarnya.
itu aku selalu dengar, cuba beri sesuatu yang aku belum pernah dengar. :)
hari hari yang aku lalui tidak seperti orang lain.
bangun tidur ku. sebelum tidur ku.
buat apa hendak beritahu?
bilik itu tahu.
yang tidak bernyawa itu jugalah yang tahu.
yang bernyawa? yang berjiwa?
:)
penyedap hati lalu diungkapkan sangat mengenali diri ini.
TIPU.
No comments:
Post a Comment