merayu rayu utk dapatkan peluang kedua itu.
ego yg tinggi melangit serta merta aku campak jauh.
entah kemana.
didalam kepala hanya satu. "Peluang"
didalam hati hanya satu. "Cinta"
didalam jiwa hanya satu "Kamu"
kerana itu lah yang aku merayu.
supaya keadaannya dapat aku betulkan kembali.
dan,
aku adalah antara orang yg bersyukur kerana DIBERI peluang itu.
tapi masih ingat lagi kata yg dulu?
tidak semua peluang bertemu manisnya.
jadi aku katakan ianya gagal.
sekarang.....................................
aku berada di pihak org yg MEMBERI peluang itu.
betapa susah utk kita memberi peluang kedua kepada orang.
memang secara logiknya kita boleh kata
"semua orang tidak sempurna, semua org pernah membuat silap,
semua org layak mendapat peluang kedua"
memang logiknya ya,
tapi hati ni pernahkah logik?
melalui akal fikiran, semua itu betul. tidak ada salahnya.
tapi urusan hati.........
bentuknya sama. isinya tak pernah sama.
itu sebabnya jika sudah memberi, tidak juga jadinya.
jadi sekarang aku faham. betapa susah dulu engkau mahu berikan peluang itu.
dan sekarang aku juga faham, tidak semua benda yg kita lakukan hanya mengikut
kata logik harian yg kita sering gunakan.
hati adalah hati. jika ia tidak mahu, maka benda itu takkan terjadi.
berilah peluang ke lapan sekalipun.
jika kau tahu ada sinarnya, maka berilah dia.
jika kau yakin takkan kemana, maka jgn buang masa.
jadi marilah kita naik kereta yang comel ini. vroomm vroomm. *tetibeeee*
No comments:
Post a Comment