sudah menjadi klise bagi hati seorang perempuan,
jiwanya retak bila dikecewakan.
hatinya hancur bila dipermainkan.
perasaannya dingin bila dipergunakan.
semangatnya hilang bila ditinggalkan.
jika engkau tidak pernah merasa perasaan perasaan itu,
maka engkau tidak layak dipanggil perempuan.
jiwa tidak perlu retak
hati tidak perlu hancur
perasaan tidak perlu dingin
semangat tidak perlu hilang
perempuan yang ditinggalkan,
teruskan hidup. teruskan bernafas tanpa dia.
dia tiada, tp mungkin semangat dia masih ada dijiwa kita.
hiduplah dengan semangat itu.
seseorang pernah kata,
"biar dia pergi, jangan kau pergi pada dia balik,
apa yang kau perlu lakukan adalah membuat dia pergi pada kau balik"
kata kata itu bukan lah semata utk kau perlu jd hebat utk dia terpikat kembali,
ia seolah olah hanya kata semangat utk kau teruskan hidup dan menjadi seorang yg berjaya.
berusaha, kejar impian.
sekurang-kurangnya dia tahu org yg pernah dia tinggalkan itu
tidak semestinya memerlukan lelaki disisi utk terus hidup.
dan sekurang kurang dia tahu org yg dia pernah sayang itu
seorang yang tidak patut ditinggalkan mungkin?
mencari pengganti? biarlah ianya betul betul dari hati.
jangan cuba memaksa diri bila hati berasa sunyi.
kerana mungkin kau pula terjebak dlm dosa mempermainkan perasaan lelaki,
untuk kepentingan diri.
2 tahun? 4 tahun? 5 tahun?
biarkan orang berkata kata sindir. biarkan orang memerli sana sini.
hidup tidak berteman tak bermakna hidup kau sunyi.
dari mana datangnya istilah itu?
dari orang yang tak tahu apa erti hidup barangkali.
atau orang yang hidupnya hanya bergantung pd org lain.
sepenuhnya.
ikut perasaan makan diri sayang.
sebulan dua bulan ikut perasaan tak apa.
setahun dua tahun itu bahaya. itu gila.
love,
NHH
No comments:
Post a Comment