penglipurlara

My photo
Cyberjaya, Malaysia
I'm happily turning 25. Don't too close, I'm scarier than your mother.

someday

DO FAIRY TALES COME TRUE DADDY? NO HONEY, DREAMS COME TRUE.

Sunday, July 31, 2011

langit pun diam hari ini

mata mengecil membaca langit
2 minit. 3 minit. lama. 
pejam. rapat. sesal. "kau tersalah langkah lagi"

bodoh. itu yang terjerit dr hati kejam ini
ye memang bodoh. kau la sapa lagi.
kenapa hati kata lain, bdn buat lain.
dah kau memang bodoh, sebab tu kau buat mcm tu.

penat membaca angkasa.
macamlah dapat jawapannya.
mata melihat jari runcing. kiri kanan. garisan halus tangan.
eh mcm bentuk landasan keretapi pulak.
baru nk tersenyum. 

cerita cilake tadi dtg balik. aduhhhh
mengeluh. kalau lah boleh campak jauh jauh.
perang emosi, perang hati, perang otak..

kepala semak. mcm pukimakk 
sssshhhhh ssshhhhhh! apa carut carut nii
tarik nafas. tiup perlahan. lega tak?
TAK. 

pejam mata, bayangkan chenta yang fana
bukak mata, tengok daun hijau.
damai tak?
TAK.

cuba senyum. pahit. kelat. buat buat.
takpaaaa. pura pura. Singapura bolehh?
zzzzzzzzzzz merepekk! 

dah dah la, jangan buat benda bodoh tu lagi lain kali.
jadikan itu bodoh yang terakhir.
aku dah malas nak cakap kau bodoh lagi.
sebab KAU tu adalah AKU
bukan sesiapa. bukan orang lain. 

kali ini langit tak memberi jawapan. entah kenapa dia senyum sahaja. atau mungkin dia mahu katakan tindakan aku betol dan bukan bodoh? cakaplah cakaplah. :p

p/s: sorry post merepek sikit hari ni. apehal tah. 

Wednesday, July 27, 2011

hidden truth again

1. Your ex texted you and wanted you back. Would you take him/her back?
he choose not to be with me before, so its impossible.
2. Has anyone told you “forever and ever” then left?
yes when i was in form 3. LOL
3. Your relationship status?
single and not looking or searching
4. Where did you meet your crush(es)?
i don't have any. kahkahkah
5. Have you ever lost a close friend?
almost
6. Do you smoke weed regularly?
EXCUSE ME?! i don't take any.
7. Think back to the beginning of 2011. Are you still dating the same person?
nop.
8. Would you parents be mad if you were in a relationship?
haha takkan kott?
9. When was the last time you really laughed?
8 month ago? :)
10. Something is wrong. First guy you turn too?
my problem solver isn't there for me anymore, so......
11. First girl you’d turn to?
Jia Shamsuri
12. Is there anyone who doesn’t like you because of something you did?
yes. people make mistake, so do i
13. Angry at anyone?
now? 1.49 am : NO 
14. What’s stopping you from going for the person you like?
bad attitude, baran, yg buat aku rimas. 
15. When was the last time you cried really hard?
24 November 2010. hahaha am i too detail? hahahhhaahhaaha
16. Is there anyone you would do anything for?
of course, family.
17. Who was the last person you talked to for more than 10 minutes on the phone?
can't remember.
18. What is your favorite song?
jimmy eat world- here you me
19. Do you like Red Bull?
yes, but rarely drink it
20. How many people can you tell just about everything to?
hmmm two maybe
21. Have you ever wished on a shooting star?
no, i don't believe on that.
22. Does the last person you held hands with mean something to you?
yes, but it quite long time ago. 
23. Describe yourself in one word.
Independent
24. Do you have anything that belongs to your ex?
many. shirt, jersey. etc
25. Do you rebound?
............
26. Ever cheated on someone?
unfortunately yes.
27. What would you do if you found out the person you like was in a relationship?
if person that i like, I'm okay and doing nothing. if person that love, its different. 
28. Do you act differently around the person you like?
no. i don't know how to be someone else
29. Is it hard to make you laugh?
sometimes. only certain people know how to make me laugh like an evil. i miss them. you guys.
30. Who was the last person to make you mad?
its not a 'person' actually. I'm so fucking pissed off with Maxis. 
31. Do you think your last ex will eventually want to be with you again?
haha no. i know him well. 
32. Have you ever fallen asleep in someone’s arms?
yes.
33. Has anyone ever called you scrumptious before?
haha yes
34. Would you like to put a night on repeat and live it forever?
absolutely. pleaseeeeee
35. Do you have a best friend that knows you inside and out?
yes.
26. Is your best friend a slut?
hmmmm so far i don't think so.
27. Is hard drugs a turn off?
i don't know
28. Are you happy with life right now?
yess! i deserve it. :p
29. Are you still in love with your ex?
wuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :p
30. Have you ever had your heart broken?
yes.
31. Have you ever broken someone’s heart?
i wish i can turn back time.
32. Is there anybody you’re really disappointed in?
banyak.
33. Where is your best friend?
always by my side
34. Something you’re happy about?
my new cat, Yu.
35. How is your heart lately?
freedom!


p/s : 29, always and everyday

Saturday, July 23, 2011

cuma mungkin

kau takkan jumpa perempuan mcm aku lagi. mungkin ade yg kurang, mungkin ada yg lebih dari aku. tapi takkan ada mcm aku lagi.

aku takkan jumpa lelaki mcm kau lagi. mungkin ade yg kurang, mungkin ada yg lebih dari kau. tapi takkan ada mcm kau lagi.

aku berani janji ini. 

kalaulah muncul depan mata ini, itulah engkau jasad yang sama. yang aku kenali.
cuma mungkin cetus rasa itu tak ada lagi.

kalaulah muncul di depan mata kau suatu hari nanti, inilah juga jasad yg sama engkau kenali.
cuma mungkin hatinya tak sanggup lagi. 



Thursday, July 7, 2011

memang kesilapan manusia

manusia. baik macam mana sekali pun, bijak macam mana sekali pun, kesilapan tu mesti ada je kat celah celah. tak silap tak manusia lah nama dia. orang buat silap ada yg disengajakan, ada yang terpaksa, ada yang tak merancang tp terperangkap, ada yang nk selamatkan diri sendiri, ada juga untuk kepentingan diri sendri dan menggunakan org lain. paling kesian, kita langsung tak sedar pada mata mata yang melihat kebodohan yg disengajakan.


ingat lagi status ni 2days ago? after having deep talk with my special adviser, perihal manusia yang buat sesuatu mengikut kata nafsu, memberi ruang dan membenarkan diri diaibkan, memang KESILAPAN. kali ini sama ada sedar ataupun tidak sedar, mata yg melihat ada haknya. 

JADI

jangan salahkan mata yang terang ciptaan Allah ini.

lumrah manusia, dengar aja berita mulalah terus berprasangka. lebih lebih lagi berita durjana. hai mulut manusia, boleh mula mengata kalau dah nampak hitam putihnya. hitam putih itu tak pernah tipu dan palsu. depan mata. apa nak kata? yang tersebar, tak mustahil. nak terkejut apa? kita semua manusia.

JADI

jangan salahkan sok sek sok sek manusia yg tgh teruja. 

pangkalnya, cerita tak akan timbul kalau org betul betul jadi buta. paling penting, mata tak akan memandang pada sesuatu yg tidak dikira aib. tak ada apa yang nak dikejutkan. siapa pun engkau, mana pon engkau berdiri, dimana pon engkau tinggal, kita semua manusia. human being. kesilapan tu ada dimana mana. tapi yang boleh dielakkan, jadilah manusia yang matang dan sayangkan kehidupan sendiri. bukan memberi memberi dan memberi ruang lagi. 



Thursday, June 30, 2011

BUT

A REAL RELATIONSHIP

Has fights. Has trust. Has faith. Has tears. Has hurt. Has sweet smiles. Has genuine laughter. Has weird, stupid, unnecessary arguments. Has patience. Has communication. Has secrets. Has jealousy. And most importantly, love. This is all just a mess that turns out beautiful & an experience that can never be forgotten..

BUT

Today its been 1140 days since I know you. 30days as a friend. 900days as dramatic lover. 1 day letting you go and 209 love slowly fade away. Happy Anniversary 7months Moving on. :p

JADI

siapa kata kalau dua insan yg sedang bercinta AKAN bertemu bahagia? dan tak semestinya pasangan kekasih akan berkahwin. walaupun semua kemanisan itu ada, 'tetapi' ada dimana mana. Dia tak benarkan kita bersama. sebab Dia ada perancangan yg lebih baik untuk kita. 

                                                       

long way to go. ALWAYS AND EVERYDAY

Wednesday, June 29, 2011

Mandatori : Case closed

okay relek relek tawan tawan, title entry kali ni mcm suspen je kann. haha. i just finished reading novel, Mandatori by Ramlee Awang Murshid. okay tahu dah mcm budak sekolah kan baca novel? so whattttt? I'm bored to death bila sem break. what else to do then? eh eh lupa pulak nak share, today i wake up at 11am. haha isn't it cool? kurang terasa keloseran. selalu pukul 2 bru bangun. ish ish ish! hari ni hari jujur sedunia kotttt? aku dah lama tak baca novel actually. ntah mana novel2 aku semua. ade yg pinjam terus lesap. bagi kucing makan agaknye. yang ayah buang banyak jugak. ini paling cool sekali, saboooo jelah. novel Mandatori ni aku dh penah baca tp dh ingat2 lupe jln cerita. so aku baca balik. mcm biaselah, pengarang buku ni antara favorite aku. dia ni takde tulis cite2 cinta, semua nye action and thriller. ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) is the best novel i ever have!! kisah seorang penembak tepat yg setia pada negara dan mencari perempuan yg pernah didermakan separuh hatinya ketika perempuan itu bayi. sumpah interesting cite nii. go grab one guys.


okay skrg ni aku bknlah nk cite psl Adam, tp cite Mandatori yg aku baru je hbs baca ni. kisah ni mengenai seorang lelaki yg perjalanan hidupnye penuh dgn dendam. lelaki ini satu jasad tapi ada 4 personality. satu, seorang pendendam (Amran), dua, seorang yg tamak (Bogart) tiga, seorang yg baik hati (Norman), last, seorang pembunuh (Carlos). ketiga2 org ni adalah org yg sama yg sering berperang dgn jiwa dan fikiran. bermula dgn dendam Amran yg tk boleh terima hakikat bapanya telah dianiaya sehingga membawa ke tali gantung. lps tu Amran hanyut kat laut dan dijumpai oleh lanun, Amran yg memory lost dibagi nama Bogart yg berpersonaliti tamak. lepas tu muncul jiwa yg baik hati dlm diri dia dan last sekali datang pula jiwa pembunuh bila die cari balik semua org2 yg aniaya bpk dia. semua watak ni kita dpt tahu ada dlm satu jasad kat penghujung cerita nii. i was like.."oohhh patutt laaaaa.." haha.. cerita ni mmg buat kita asyik memikir je. the best part is, bila dia jd Carlos, macho gila okayy! sebelum dia membunuh, dia akan cakap "aku adalah tunggak keadilan dan setiap kesalahan hanya mempunyai satu hukuman saja iaitu hukuman mati mandatori". bila dah mati dia akan cakap "case closed!". hahahaha.. machoo gile kann! :) Carlos memburu org yg betol2 melakukan kejahatan yg tak dpt diadili mengikut undang2. jadi dia jatuhkan hukuman ikut undang2 die sndri.

panjang pulak aku bercerita. hahaha. tp seriously cite ni interesting. no regret if you read em'. sekarang ni aku nk carik balik novel Adam tu. ntah mana tah hilang. hopefully jumpa lah nanti. rindu Haikal sharp shooter yg hensem. hihihihihi.. okay melerett! dah kbai.

Monday, June 27, 2011

hidden truth

okay I copy this from LC. just for fun. :)
NAME: NOR HAYATI BT HASHIM
AGE: 21
BIRTHDATE: 2ND JUNE 1990
PRESENT ADDRESS: TAMAN  PUTRA JAYA. SHAH ALAM.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

WHAT WAS YOUR:
1. last beverage = teh o suam
2. last phone call = ApizGambala just called me 2minutes ago. :)
3. last text message = it was my couzie, Wanie.
4. last song you listened to = Ana Raffali- dan ku biarkan kau terlepas
5. last time you cried = on my birthday 3weeks ago.

HAVE YOU EVER:
6. dated someone twice = no
7. been cheated on = yes
8. kissed someone & regretted = yes!! stupidest mistake in life!!! ┌П┐(◣_◢)┌П┐
9. lost someone special = yeah 7month ago
10. been depressed = this should not be a question. haha. ofcourse! 

LIST THREE FAVORITE COLORS:
11. white
12. pink
13. black

LAST YEAR (2010), HAVE YOU:
14. Made a new friend = I'm not sure
15. Fallen in love = Yes with the same person since 2009
16. Laughed until you cried = yes
17. Met someone who changed you = no i changed by myself
18. Found out who your true friends were = surprisingly yes
19. Found out someone was talking about you = yes, mental sorang2
20. Kissed anyone on your FB friend's list = yes

GENERAL:
21. How many people on your FB friends list do you know in real life = 60%
22. Do you have any pets = yahh! can't live without Sid, orange cat. 
23. Do you want to change your name = no but my nickname yes! 
24. What did you do for your last birthday = attending surprise bbq for me. :)
25. What time did you wake up today = 1.25pm
26. What were you doing at midnight last night = watching movie stored in my lappy
27. Name something you CANNOT wait for = another 4years from now. I'll keep it secret. hihi
28. Last time you saw your Mother= 30minutes ago. we eat manggis together. yeah alot!
29. What is one thing you wish you could change about your life = emotional management! i failed. 
30. What are you listening to right now = Big Time Rush ft Snoop Dog- Boyfriend
31. Have you ever talked to a person named Tom? = no
32. What's getting on your nerves right now = not gonna miss watch Transformers
33. Most visited webpage = Facebook, Twitter,Tumblr and Blogspot.
34. Nickname =  Atie (family), Yayangg (Uniselianss), Nyot (some people who closed to me)
35. Relationship Status = single and not searching
36. Zodiac sign = Gemini
37. Male or Female = Female
38. Elementary = SK Bandar Baru Seri Petaling
39. High School = SMK Bukit Jalil
40. College = Universiti Selangor
41. Hair color = coffee brown
42. Long or short = medium
43. Height = 165cm
44. Do you have a crush on someone? = u mean now? NO
45. What do you like about yourself? = Chinese look. lol 
46. Tattoos = NO, sakit.
47. Righty or lefty = Righty

FIRSTS:
48. First surgery = eye
49. First piercing = 12yo
50. First best friend = if TRUE best friend, it was Jia Shamsuri.
51. First sport you joined = long jump
52. First vacation = somewhere but only in Malaysia
53. First pair of trainers = can't remember

RIGHT NOW:
54. Eating = no
55. Drinking = no
56. I'm about to = drive thru Mcd
57. Listening to = Enya- Only Time
58. Waiting for = Transformers on 29june

YOUR FUTURE:
59. Want kids? = twins!
60. Get Married? = 26
61. Career? = I'm trying hard for it.

WHICH IS BETTER:
62. Lips or eyes = my sepet eyes ofcourse. soalan ape nii? haha
63. Hugs or kisses = both
64. Shorter or taller = Taller
65. Older or Younger = Older
66. Romantic or spontaneous = romantic
67. Nice stomach or nice arms = stomach
68. Sensitive or loud = both depends on situation
69. Hook-up or relationship = relationship 
70. Trouble maker or hesitant = trouble maker

HAVE YOU EVER:
71. Kissed a stranger = no
72. Lost glasses/contacts = not yet
73. Sex on first date = I'm still virgin
74. Broke someone's heart = yeah and regretted whole life.
75. Had your own heart broken = happy 7month moving on anniversary 
76. Been arrested = once. haha.. shaiittt!
77. Turned someone down = yes but i don't meant it
78. Cried when someone died = imma human, so yes
79. Fallen for a friend = best friend actually. 

DO YOU BELIEVE IN:
80. Yourself = the most
81. Miracles = yes
82. Love at first sight = only if i met Chad face to face
83. Heaven = Yes
84. Santa Claus = hotak hang! 
85. Kiss on the first date = not really. 
86. Angels = yes
87. Karmas = i always believe in karma. 

btw, i added question number 87. okay, i won't tagg any of you guys. siapa yang nak buat, you know what to do then. have fun! thanks to LC for sharing. 

Saturday, June 25, 2011

tidak semua peluang bertemu manisnya

kita selalu aja dengar apa orang kata "everyone deserve a second chance". bagi aku, penerimaan sesuatu benda, baik kebaikan ataupun keburukan adalah berbeza. and we can't expect people. sometimes expectation is good, but the high one could kill us. kehendak dan kemahuan manusia kita tak boleh nak jangka. ada yg berubah mengikut akal yg logik, ade jugak yg lebih selesa melayan karenah2 emosi. bezanya melampau ataupun tidak, kita sendiri yang kawal. bukan orang lain. bukan sesiapa. kadang kala kita boleh mengelak, tapi saja hendak merasa. merasa apa, kita sendiri pon tak faham. siapa yang boleh baca? siapa yg tahu apa kita rasa bila hati sendiri tak tahu apa yg kita hendak. memang takde sesiapa yg dpt baca. aku rasa inilah kegagalan yg paling memalukan bila kita tak boleh nak mengawal diri sendiri apatah lagi sang hati yg paling mengenali diri kita sendiri. jadi, belajar belajar dan belajar utk mengawal sesuatu emosi dan situasi. pengalaman adalah guru tercinta yg tak pernah jemu utk mengajar kita.

back to the topic, siapa yang layak dapat peluang kedua? bagi aku semua org layak dapat peluang ni. tapi malangnya, bukan semua org sanggup utk memberi. dan paling kasihan kepada org2 yang menungu utk diberi peluang kedua yg juga tak dpt merasa satu perasaan utk menghargai peluang itu. bagi aku, peluang kedua adalah satu penghargaan yg tak ternilai dan tidak mungkin kita akan sia siakan. mungkin disiakan bagi org yg buta erti betapa besarnya makna peluang itu. yang boleh mengubah hidup seseorang, yang boleh mengejar kebahagiaan, yang boleh menyatukan hati dan paling penting, yang boleh mengubah diri sendiri. itulah PELUANG yang paling bermakna. apa2pun, itu semua terserah kepada hak masing2. sama ada memberi itu akan menuju kebaikan ataupun keburukan. manusia semakin bijak berfikir, cuma kelihatan bodoh bila manusia tidak reti membuat keputusan. orang yg memberi dan diberi adalah dua insan yg bertuah kerana tidak lalai dan masih mengambil berat utk menyelesaikan sesuatu perkara. mereka ada rasa itu. tapi ingat, peluang itu tidak semestinya berjaya.

aku sendiri pernah merasa peluang itu. peluang kedua yg aku gunakan sebaik mungkin utk menebus kesilapan lalu walaupun pada mulanya dia pernah ckp dkt aku dulu, bagi dia, peluang kedua itu tak pernah ada dlm hidup and dia tak pernah bagi peluang kedua dkt sapa2. lama lama, dia bagi juga peluang itu. sbb apa? dia aja yang tahu. aku cuba utk pulihkan kembali segalanya. dia pon mencuba utk kembalikan apa yang kami ada dulu. mungkin tidak mahu kemanisan hubungan yg bermula dr seorang sahabat hilang begitu sahaja. tapi rasa dulu tak mungkin sama lagi. jadi aku lepaskan. sperti yg aku cakap td, tidak semua peluang bertemu manisnya. sekurang2 kita cuba dan diberi peluang utk diperbaiki. jika tidak menjadi, itu adalah kerja yang Maha Esa. aku bertuah sbb pernah merasai perasaan itu dan aku rasa aku adalah perempuan pertama yang dia beri peluang kedua. terima kasih :)

jangan terlalu menghukum seseorang. semua org pernah buat silap. tidak susah utk memberi peluang kepada yang layak. matangkan fikiran, lapangkan dada, fikirkan....... layak ke seseorang itu diberi peluang kedua.. hanya diri sndri yg lebih mengenali betol tak? jadi...berilah peluang kedua dan gunakan sebaiknya. penyesalan kesalahan lalu pastinya ckup memberi pengajaran. (tertakluk kpd sifat seseorang) hahahaahahaha.. kbai

Tuesday, June 21, 2011

thank you for the precious present


hari ni bangun pukul 11.00... entah kenapa aku rasa mlm semalam malam yg aku paling buas tido. aku bangun2 je td semua bantal jatuh dr katil. semua okay? 1st time mcm nii. aduuhh tak sleeping beauty lah semalam. hehehe.nasib hp tak jatuh sekali. aku pon tak tahu lah semalam aku ngigau ape dol. bertukar transformer agaknya. 

otey hari ni aku nk update pasal present2 yang aku dpt tahun nii. ade yg dpt advance, ade yg dpt lambat. tapi aku bkn kesah pon lambat ke cepat ke. even tak bangi pon takpe sbb aku dh besar kan. :p okay the 1st present yg aku dpt is from Mak, mak bagi awal, sgt advance uoollllss.tp apa dia biarlah menjadi rahsia hati beta but it cost about 2thousand. heeee..thank you mak. then, the 1st present on my birthday is from jia, thank you i like it so muchh! teringat pulak masa aku pakai baju yg kau bg tu pastu dlm kete tu aku tersengih2 sambil pandang kau, kau tak perasan langsung! pastu boleh ckp lagi "kau kenapa gileee sengih2 mcm nii.." :(( sedih kene sound. padahal nk tunjuk iteww ukeww baju tuu.. :p haha. then, Apiz bought me something from Paris, thank you braahhh! tahu tahu je taste aku. :) then present Kak Lieza is from Bandung. not forget to Khairul Nizam, thanks for the purse! damn i like it so much, also for the cake. To Ayu and Nadu, thank you for the dress and handbeg. woooaahhhh! nnt aku pakai bila kita keluar otey. :) and the rest of my family, Pidos, Aju, my beloved sistah Nina, Ayah for the mooneeyyhhhh! THANK YOU ALL, MUCH APPRECIATED! with love, Atie Tunin, Yayangg, anak ayah dgn mak, adik abg2 dan kakak. :p




ini dari 3 hero aku, 3H stands for Haziq, Hazim, Harizs
oh terlupa pulak to those who make a call to wish, its Muhammad Iqbal which is the 1st person. tepat pukul 12.00. dia abang angkat aku dah 12tahun. :) 2nd was Fendy Julien, aduuhhh ade mende yg buat aku maluu time nii! ssshhhh keep it low okey. haha :p 3rd is Kamil Haziq yg janji nak belanja chillis :) okay semua lelaki kann! haha. okay thanks semua! yg wish sms and bbm pon! thanksss!

p/s : you gave me your "silenceness" on my birthday. if you really appreciate me as your friend (as you said to me before), and you remember how hard i tried to make things special on your birthday before,  you'll at least leave me some word on my happiest day. true color have shown, i was wrong about you. :)

thank you for the precious present..

Suprise BBQ on 2nd June 2011

oh hello tawan tawan. seperti yang aku janjikan, banyaknya cerita yg nk dikongsi dgn korg semua. again, sorry for the "silenceness" as i've been sooooo busy lately. especially struggle for finals. so dewm lepu! duhhh.. :p okay rasanya mcm klaka bila baru nk update pasal my sweet 21st birthday, but then its okay. gelak gelak dulu, kang kena kang. haha.. lets begin.....................................
alalalaala tgk muka birthday girl menanesss..hiks!
actually aku ada tweet yg this year is the worse birthday that i had. but its only at the beginning when i cried that morning. duhh..pagi pagi birthday girl dah menaness daahhh..haha. SEBAB, bila family abang aku tak dapat join family bbq as he needs to balik Kedah on that day. benda ni aku dah tahu lama btw. then pagi tu pulak, sayang aku Jia tersalah faham dgn ape yg aku ckp. dia ingat bbq tu cancel sbb family abg aku tade and she decided to go back to hometown Jerantut with her sister. haa yg ni la yg aku menangis pagi2 tu. huhuhu.. aku tak marah pon Jia, sikit pon tak marah, tapi hati ni tak boleh nk sorok rasa sedih yg teramatttt sgt. BUT,  my impression on that morning was totally wrong yah! i guess i forgot the other ohsem friend of mine out there. taaaaraaaaa!! they make a surprise bbq for me!! hihihihi.. 


sumpah aku tak jangka. about at 9 fara tetiba ajak lepak, tapi aku dah rasa pelik sikit dh sebab dia call aku, die ckp die dh ade kt bwh umah aku. ehh selalu aku yg tggu bwh umah die. yang lagi pelikkknye, bila aku turun dia tak bg aku bwk kete. Cinta Sayang tu mmglah dekat je tp aku mmg tak jalan kaki la sbb nnt aku nk balik sorg, aku boring. haha. okay tgh jln tu tetiba ada tangan yg menutup mata aku dr blkng. haha.. its wan nash my lovely buddy! so then kitorg lepak dekat 'smart kitchen' so called Dapur Pintar. haha.. tak jadi lpk cinta sayang, tak sukaa! :p borak punye borak, bdk dua ekor si fara dgn wan ajak gi jln2 naik kereta pulak dh. aku layankan aje. dh mcm bapak bwk anak2 tgk kawasan dh. haha. then kitorg benti dkt mcd section2 sbb aku nk terkencieenn jap. haa kat sini lah dorg tetiba tutup mata aku dgn kain hitam. pening aku dlm kete tu.fara duk asik marah aku sbb mulut aku asik bising je. mauuu tak memekak aku dlm kete tuu.. haha.. bila dh sampai destinasi, dorg pgg aku and bwk aku sampai satu tempat, pastu dorg lepas kan aku. ni kongg ajaa ni sape punye idea. pastu ade lak yg cuit2..haha.. then aku bkk kain hitam, surpriseeeeee! diorang nanyi ramai2 lagu birthday. demmitt! aku menangis lagi. mmg tahun ni tahun hari lahir menangis aku rasa. lol.








okay to all my beloved buddies, Jia, Faa, Farris, Arep, Wan Nash, Fara, Marry, Tuyai.. you guys are ohsem. thank you for make this happened. i love you guys. and i would say that this year is the best and greatest birthday ever!! 


HAPPY BIRTHDAY TO ME AND MY SISTER NINASABRINA HASHIM. 
THANK YOU ALL. 

p/s: sorry quality gamba tak memuaskan dan malas nak edit. hihihihi.. 

Sunday, June 5, 2011

do this entry should need a little?

hello semua. ehem ehem. lamanye tak update. okay been busy lately nii. final exam is just around the corner. and to be true, ain't ready fer this. haha. sekejap je rasa short sem. aku dah boleh rasa pointer akan jatuh. adehh. tp takpe I'll try my best to catch up back. so..since i've loads of things to do, im gonna update you very soon, hmm i mean after final. haha. byk benda yg nk diupdate. bowling event, birthday forevermore 21, the tears on birthday, family bbq, the fight with stupido bitches. and and and... just wait okay. hihihihi.. tungguuuuu..
catch ya latuuurrrrrr.. :)

Wednesday, May 18, 2011

I've reached the stage

hello everyone. its 2.21 a.m now and as usual, insomnia is coming back when im get back home to shah alam. sigh. half of the work is done. feeuuhhhh.

so, as you guys know, its been a long time i didn't update the 'heart talk' of mine isn't it. am i? hihihihi. and today i will share to all of you the strange feeling that i had a few days past. before that, i wanna ask do you really trust when people said 'kalau orang yang kita sayang happy, kita pon akan happy and sanggup buat apa je utk buat dia happy'. eeeuuuwwww geli. sentimental girl wannabe lah tonight! lol. okay peeps, this is not a joke. i mean 'why are you guys laughing?' hahahha. come on, ni baru mukadimah tau. okay so what do you think? logically, benda ni atau rasa ni mmg diterima akal la kan. tapi orang zaman sekarang pandai ckp je. rasanya idok! haha. orang lain cakap mcm tu, hah dia pon nak ckp mcm tu. hadoi. well kalau nak diikotkan ayat kat atas memang tersangatlah geli okay. but its true. trust me. let me tell you this people. the time will come when we, ourselves reach this kind of feeling that we couldn't understand and couldn't describe, its like 'what happen to me? am i truly happy after knowing this? i should be sad' . as i said before, masa nya akan tiba jugak. someday. another 2 years? 2 weeks? tomorrow? haha.. who knows. aku rasa setiap orang mesti akan menempuh tahap ni bila dia belajar tentang kehidupan atau sesuatu benda dimana rasa itu akan timbul dengan sendirinya. kadang2 benda tu dah tertunjuk, cuma kita aja yang memandang tetapi tidak betol betol melihat. ada juga yang melihat, tetapi tidak pernah cuba untuk memikir. ada yang memikir tetapi tidak reti buat keputusan. ada yang sudah buat keputusan, tetapi masih menipu diri sendiri. am i right? correct me if im wrong. after all, this is life.

me myself, im totally tak pernah percaya dgn phrase tu dulu. (kalau orang yang kita sayang happy, kita pon akan happy tak kira dlm situation apa sekalipun). rasa mcm ape nii, takkan kita tgk org yg kita syg in relationship dgn org lain kita happy pulak? bullshit kan? okay lets begin the story. laaa baru nak mula ke? hahahhaha.. so thats it la, tade mende pon nak citer sebenanye. just nak share and bagitahu, aku dah pon tempuh stage ni. boleehhhh? sampaikan aku rasa pelik kenapa rasa yg sepatutnya aku sedih tapi aku rasa biasa. aku rasa klu kena kat pompuan lain mahu menongeng2 menanges. haha. ke hati aku dah tak ada pada dia? so kepelikan aku ni aku tanye la kwn baik aku, kenapa aku rasa mcm ni? i should be double frustrated after knowing this. so the feedback that i get superbly surprise me. cewah! padahal aku tahu je napa, just nak pandangan dr org lain yg mmg tahu psl  love telenovela aku ni. she said that i am ready and fully let go of him peacefully for the rest of my heart. willing to let go for him to find his own happiness and most important, terima hakikat dan redha. its not extremely happy tau, sedih pon tak. entah, i couldn't describe this feeling. and satu benda yg aku sedar, ini 1st time aku rasa yang aku tumpang gembira bila tgk orang yg aku sayang gembira dan aku start percaya  phrase yg aku rasa nonsense dulu tu. ni 1st time. maybe dia 1st real love aku kot. entah. bukan apa, kita tak percaya or tk nampak benda sbb kita belum tempuh tahap tu. thats why i said, sooner or laturrr. the time will come. i bet you this. aku dah rasa and i was like wow! i've grown up! experience taught me a lot. jangan pernah letih dengan pengalaman. baik pahit ataupun manis. semuanya membuat kita belajar, berfikir dan belajar balik. haha. dan akhir sekali, kita lebih kenal siapa diri kita, apa yang mampu kita lakukan yg tak pernah kita tonjolkan selama ni. okay tetiba ngantok. bye.

p/s: a lil disappointed when you delete me from fb. but i know you dont want to hurt me. and you know i know you well. so, i understand. chill braahh.

Tuesday, May 17, 2011

whats your problem dude?

omg..whats up with the acid splasher issue? its getting chronic i guess. i just don't understand why this guy are willing to do such stupid things as this. i mean, where the fuck are your brains out? duuhh.. i just get kind of useful information,"someone saw the acid splasher were rounding in Seri Kembangan as well as Cyberjaya MMU. those who noticed these 2 asshole with the no.plate WPV 4963 pls contact your nearest police station asap. they had just splashed 15 of the victim while shouting 'Bohsia'. most of them are in Serdang Hospital." btw, thanks to Ayu who post this to my fb. so i was like 'whats your problem dude?' kesiannya dekat perempuan2 kat luar sana. yang nak pergi kerja ke ape ke. tak pasal2 je rasa terancam. ladies out there, beware okay..  thank God pihak polis dh dapat detect and berjaya ilustrate muka macha nii..haha..




so kepada orang ramai yg ternampak, jangan hukum sendiri. cepat cepat buat report dekat balai polis berdekatan. jgn pergi simbah acid balik lak.. walaupun pon aku ade niat gak nk buat menda tu. huhuhu.. takpe, biar undang2 yg hukum dia otey..

Friday, May 6, 2011

hai tawan tawan

hai tawan tawan.. Ya Allah panassnye cuaca skrg nii kan. baru pas mandi ni pun ketiak dh lecak. ade one day aku panas sgt sampai saje baring atas lantai tak lapik ape2, tade bantal ape pun.. haaa dh mcm dugong dh.. panas punye psl. sedapp je baring atas lantai tejuk..hihihi.. ini baru panass dunia ni bhaii. tu laaa,pakai legging lagi..kwang kwang.. aku pon insaf la kejap seminit.haha.

esok Mother's Day kan kan kan..hmmm aku ade plan nk buat chocalate kek kukus utk mak. hihihi. entah jadi ntah tidak. kite tgk la esok nnt lulus tak lulus jadi menantu. wahahaha. okay citer bab2 memasak ni, pompuan zmn skrg mmg wajib kena tahu masak. tak reti masak tak boleh kawen weh! paling penting, sian kat laki kita tu duk teringin nk rasa air tangan bini, sekali rasa air tangan bibik. hahaha. jgn terkejut klu aku dh pnah berangan nak masak macam2 then bagi kat keluarga mertua every week. woooaaahhhh..! menantu kesayangan nii. silap2 sayang aku lagi dr anak betol die..hik hik hik..kalau mcm aku, ade yg aku reti ade yg tak reti. kalau reti pon malas nak buat. hahaha. kalau bawang ke cili ke yg dh siap potong tggu siap nk masak je, haaa yg tu aku suke. uoollls tak rasa lagi chicken black pepper dgn chicken porridge ai tauuuu.. marvelous!! hahaahaa.. okeh yg kawen tu tolak tepi duluh. lambatt lagi.

otey tawan tawan.. birthday titeww dh dekat laa kowg lupeeee kee..? hahahaha.. bila semakin dekat ni mulalah tiba tiba otomatik buat survey. hahaha..dh pilih nnt tggu nak pau je. tahun ni tak byk yg aku duk tgk2.. just berkenan kat jam Fossil yg aku tgk dkt Sunway. tannteekk nyeee.. pastu k.ina mmg aku nk pau wedges kat forever 21. lawaaa woo..tp k.ina kate kt zara pon ade gak die tgk. so nnt2 lah aku buat research lagi sekali. mak dh tak boleh pau sbb dia dh bg advance dulu, dh seribu lebey dh tu. hik hik hik.. hmmm nasib baik aku takde bf, kalaaaauu la adeeeeeeee... hahahahahhhahahaa...

utk tawan tawan tersayang, if u guys ask me what i want, i would say " u guys are all my present.." the best gift i ever had in my life. :)

p/s: tapi tapi tapi dapat purse Guess pon oteyyyy kotttt.. hahahaahahaah..

Monday, May 2, 2011

Legging = Haram

tengah aku syok syok blogwalking, tersinggah plak kat satu ohsem blog nii. entry die betol2 menarik perhatian aku kali nii. mcm yg kita sume tahu, org pompuan mmg gomar pakai legging or jegging kan kan kan? termasuk aku. kwang kwang! ontah lah, kalau nak dihitung aku ade la dlm 4-5 helai legging. jegging takdo lagi ne haa. psl aku kureng sket jegging nii. ok cite die skrg ni bkn nak listkan legging kaler ape yg aku ade, tapi  sebenarnya wanita Islam dilarang dan diharamkan memakai seluar ketat (legging) yang kebanyakannya kita org pompuan still tak tahu psl ni. termasuk aku lagih sekali. hehe. umpamanya memakai legging seolah seolah kita mcm telanjang.


sabda Rasulullah s.a.w. : 

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 



okay ni antara sebab2 mengapa egging diharamkan dlm Islam.
1. berpakaian tetapi telanjang
2.VPL (Visible Panty Line)
3. nampak bentuk punggung dan alur vigina
4. dilarang campur aduk pakaian tutup aurat dgn pakaian seksi
5. berpakaian unsur fetish seksual


p/s : sorry pada yang terasa. aku pon sentap baca mula2. nak lagii sentap tgk ni. hameekkk kauu! haha.. lapangkan dada, buang yg keruh, ambil yang jernih. 

Thursday, April 21, 2011

korang yg pelik ke aku yg pelik nii?

yuuuhuuuu.. uuiishh lama gila tak update black diary nii.. well, lately ni tade menda yang interesting. the classes have begin. im back to shah alam. meet new classmates. same environment, same taste of tomyam ayam Dapur Pintar. new look Mdm Azian and the fac. and and and...insomniaa is coming back. oh F for shah alam! 


all is well. everything is great. studies is in good level, fabulous friends, ohsem roomates, best lecturers and for sure my lovely family. eh eh did i miss something? hahaha.. lover aite? ZzzzzzzZzzzzzzZzzzz.. wey, single 3tahun tu sexaayyy awwkaaayyy..! 


jangan ingat org yang single tak ada boipren tak laku dan tak lawa. dia ajelah yg tahu kenapa dia memilih jalan utk single sampai skrg. hahaha.. memilih? lumrah manusia. takut terikat? mungkin, who knows? tak boleh lupa ex bf? ade sesetengah. tunggu seseorang? ade,tp bkn sbb utama. takut dikongkong? antara punca yg femes. 
duuhhh byk sebenanye sbb musabab die. hati org lain2 kan. tahap kematangan pon berbeza, at the same time pon effect cara pemikiran kita. dlm dunia ni mcm2 org aku jumpa, mcm2 hal, mcm2 karenah, mcm2 drama, mcm2 telenovela especially hal2 bercinta nii. for some reason, aku kdg2 rase pelik kenapa aku tak mcm dorg sume. ade yg dlm setahun 3kali tukar bf/gf, ade yg 10 kali break 10 kali couple balik, ade yg break pastu cpl dgn ex die yg lg satu pulak dah, jejak kasih 10tahun tak jumpe couple lg sekali dgn ex mase darjah 3 punye, ade yg bru break 3 hari terus dpt pengganti, ade jugak yg kenal semggu dh mintak couple. haaa yg nii mmg sumpah aku panasss..mintak penyepak padu dr belakang betol laa.. bolehh ke mcm tu? haaa skrg ni korg cakap, diorg yg dlm kelompok ni yang pelik ke aku yang pelik nii? hahahaha.. aku tak tahu lah if korg anggap menda nii bese, eh mmg bese pon..tp kenapa begituu senang?  kenapa aku tgk diorang mcm senang sangat je nak bercinta? mcm selamber pakai beradak je? benda ni mmg common kan..mmg ade sekeliling kite situation mcm ni. buttt howww? hoowwww? how u guys do that? but pelis dont teach me how to be..i just need a better understanding bout this. yes experience makes u learn, tp mcm tak perlu je sampai setahun 3 org couple. ntah la, after all.. cara pemikiran suma tak sama kan. mcm yg aku ckp td, kdg2 aku terfikir, kenapa aku tak mcm diorg? everything looks easy? the fact is mmg easy kan.. break pon mcm tadehal je kannn.. weyyy..best gilaaa! mcm cool jee... 


apa2 pun, kita tak boleh nak jadi mcm org lain. sbb hati kita mmg mcm nii. sama jugak mcm aku, aku tak boleh nak paksa diri tuk jd org lain. dah hati aku mcm nii nak buat cemane. hahaha..  ingat tak uoollss ai ade kate duluu.. "hati ni sgt istimewa utk dimiliki oleh lelaki yg sama hatinya dgn aku" cewaahhh..gelabah. hahahaha.. lastly, semoga berbahagia dgn pasangan masing2 tak kira mcmane sekalipun hubungan tu bermula. semuanye mesti ade ceritanya yg tersendiri. begitu jugak dgn aku.. :)

Saturday, April 9, 2011

bersyukur - Melaka

hello people! hmmm yesterday was ohsem and fuckin tiring day..! thanks to Nyawa dan Jiwa saya, Nadu & Ayu, tak lupa kawan kawan Naduu.. i had so much fun guyyss.. like seriously!! yang penting, rinduu aku kat Nadu akhirnya terbalas..hehe.. karok mcm nak matii, semua lagu yang tak sampai sume aku sebat.. haha.. Ayuuuuuuu!! teringat mendee tuuuu! haha..aku mmg tak boleh nk stop gelak bila jadi satu insiden nii.. sampai balik aku gelak..mampussss la kau..haha.. tapiiii..yg tak bestnya tak sempat nk beli ole2 utk kawan2.. siap ade yg pesan tuuuu..huhu..

okay mmg terang lagi bersuluh aku asik tersonyommmm je sepanjang kat Melaka kannn.. happy gilaaa jalan2 dengan hati yang senang dan riang! ececeh... okay nk kongsi sikit kegembiraan kat sini.. 1st sekali, alhamdulillah dengan result yg tak disangka dan dijangka.. aku bersyukur sgt sgt.. thanks to my lecturers especially madam Azian my hantu goyang! haha.. to my study group members, Jia, Fara, Faa, Apek, and tak lupa Arep yg byk tolong jugak.. :) dan yg semestinye family tersayang..walaupun mula2 aku kena marah dgn mak sbb aku target 2.8 je..hahhahaha.. seriusly ni 1st time aku target 2.8 je since masa diploma sbb mmg susah gila sem nii.. jadi aku rasa result kali ni adalah satu permulaan yang sangat baik bagi aku ALHAMDULILLAH...

there you are yayangg, lepas apa yg kau hadap, jiwa kau pernah mati semester ni, lutut kau pernah jatuh tersembam kat bumi, dengan hati kau menangis tak henti henti.. dengan janji kau pd diri sendiri dan kawan kawan.. yess.. aku bangun balik berdiri atas kaki sendiri.. aku takkan patah balik lagi... nyott power! bahaha
okay dah..! jom tgk gambar2 aku kat Melaka yang terserlah kesenyuman sampai ke telinga.. tapi tak byk laa..aku mls nak hapload..





haa sudah sudah!! memang 3 hari baru nak complete upload gamba nii.. fed up betol aku.. so enjoy! salam satu mesia!

p/s : having a heart 'talk' with Ayu on my way back to KL. tajuk die bunyi mcm ni kott. "aku tak suka doh lelaki yang............" hahaha..

Tuesday, April 5, 2011

the facts that never cheat

haduuuuiii..panasssnyeee skrg ni.. baru pas mandi 5 minit rambut dah kering! acaneh? haha.. lamanye tak cot cet cot cet kat black diary ni.. almaklumlah.....malas nak menaip.. haha.. habis jujur kan?
okay hari ni just nak share some facts between guy and a girl. look at the diferrences, wow!! some of it we cant even realize and never thought. i bet this. haha..

facts                                                    
guy- when a guy is quite, he's listening to you.
girl- when a girl is quite, millions of things are running in her mind

guy- when a guy is not arguing, he realizes he's wrong
girl- when a girl is not arguing, she is thinking deeply

guy- when a guy looks at you with eyes full of questions, he expects you to leave him soon
girl- when a girl looks at you with eyes full of question, she is wondering how long you will be around

guy- when a guy says 'im fine' after a few second, he means it
girl- when a girl says 'im fine' after a few second, she is not at all fine

guy- when a guy stares at you, he thinks you're the most beautiful thing in the world
girl- when a girl stares at you, she is wondering why you are lying


guy- when you're laying your head on a guys chest, he has the world
girl- when a girl lays on your chest, she is wishing you to be hers forever


guy- when a guy calls you everyday, he is in love
girl- when a girl calls you everyday, she is seeking for your attention

guy- when a (good) guy says 'i love you' , he means it
girl- when a girl says 'i love you' , she means it

guy- when a guy says he cant live without you, he's with you till you're done
girl- when a girl says that she cant live without you, she has made up her mind that you are her future

guy- when a guy says i miss you, he misses you more than you could have ever missed him or anything else
girl- when a girl says i miss you, no one in this world can miss you more than that


shitt! suddenly something wrong somewhere in my heart when im typing this now. but idk which part is it. duuhhhh..stupid yayangg! enjoy reading guys.. popoi..

Monday, March 28, 2011

korang pernah tak?

ehem ehem..pelik je kan tajuk entry ni...korang penah tak? korang pernah ke tak ni? adoi ckp betol betol, pernah ke tak ni? hahahaha.. okay thats enuff! kali ni aku just nk share something yang agak poyo dan gelabah. tapi...............alah nnt lah, korg bace dulu...

situation: dalam liff Sunway dgn Jia
kitorg mcm bese lah klu kuar berdua je, sume mende nak cok cett cok cett, duk tgh belek2 baju pon mulut tetap berfungsi.. masa dalam lif tu, tiba2 aku tanye die.. "sayang..kau pernah tak terfikir dlm otak kau ataupun tiba tiba kau cakap, siapa yang dapat kau ni mmg untung gilaa.." waahahahhaha.. haaaa kan aku dh kate poyo gile, korg tak caye! hahahaha.. then Jia ckp "kaannn..memang pun!" pastu jia ade cite sikit2 psl past die yg aku mmg dh tahu.

persoalan dia sekarang, korang pernah tak terfikir benda ni? seriously menda ni dtg sendri bila one day tu aku tgk muka aku dekat cermin. lama gilaa aku tgk muka sendri kat cermin tu. aku tgk mata aku sambil dahi berkerut, hidung aku, mulut aku, pipi aku, dan aku terfikir balik perjalanan hidup aku yg lepas, ape yg aku tempuh, ape yg aku hadap, ape yg sggup aku korbankan, ape yg aku pertahankan, apa saja yg sanggup aku lakukan utk pegang ape yg aku nak, apa yg aku usaha utk penuhkan permintaan hati. mase ni mata aku beralih kt hati aku  and korg tahu tak ape yg kuar kat mulut aku time tuu?? ni haaaaa.. "aaaiihhh untungnyaaa sapa dapat aku.." lepas aku terkuar ayat tu dgn sendri, aku senyummm jee sambil tgk cermin tuuu.. there you are....dah lama aku tak tgk senyuman aku yg mcm tuuuu.. senyuman yg dah mati sekejap satu mase dulu, but now, im back! senyuman tu dtg balik bila sampai satu tahap aku sedar satu menda yang aku je nampak. bukan org lain. bukan sesiapa. sebab aku percaya dgn diri sendiri, aku percaya dgn hati ini, aku tahu apa yg aku nak dalam hidup, dan aku belajar tak semua benda yang kita nak kita akan dapat walau kau usaha mcmane sekali pun. tak semestina kita mengalah bermakna kita tak mahu, tapi aku mengalah untuk menang..sejak itu aku tahu, hati ni sgt istimewa utk dimiliki oleh lelaki yg sama hatinya dgn aku. paling penting, Allah dah aturkan perancangan utk aku, dan aku tak sabar nak tunggu perancangan yg lebih baik yg Dia aturkan untuk aku pada masa depan. :)

okay berbalik pada cerita td, aku rase menda ni bagus untuk kita motivasikan diri.. sekali sekala berdiri depan cermin dan bangga dengan diri sndri. ckp dgn cermin, untung siapa yang dapat kita. hahahahha... kita berckp dgn cermin mcm kita bercakap dengan diri sendri. tapi jgn bercakap dlm hati, terus je ckp dgn cermin tu.. lepass tu senyum puas2 mcm kau org yang paling lawa sekali dlm dunia ni..hahaaha..  kalau dulu aku pernah marah diri sendri dekat cermin tu, tp skrg tak dh.. siann cermin tuu.. u guys should try then. tak susah pon. huhhuhu..

p/s: saya ada kawan baru, nama dia cermin doraemon..

Saturday, March 26, 2011

main quotes quotes jom!!

okeng dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya telah ditag oleh Lulu, untuk jom main quotes quotes! hehehe.. im done babe! caranya mcm ni.. 
  • create 1 cerita tak kisah betol atau rekaan
  • dalam cerita tu masukkan seberapa banyak quotes / idioms yang boleh
  • boldkan quotation/idioms korg yang dalam cerita tuu
  • lepas dah settle, hanta url dekat comment entry ni yee.. (:
  • tagged 7 membe korg


okay kalau nak tgk version Lulu punye, click sini okeng! have fun

one day i was hanging out with my old friends which i haven meet them for a long time. they were very surprised when they see i've changed a lot. 'wey..kau lain gila kot sekarang..aku tengok gamba kat FB ko kemain lagi..' LOL. i was just smiling and 'well, i didn't choose photograph. photograph choose me'. kata orang, sesekali nak berlagak takpe kann..kan kan kan. so that day, we're having so much fun sharing some stories, some jokes and old funny stories. oh really, they are my only best friend forever. everyone knows, we're too close before macam isi dengan kuku. memang rancak gila lah berborak hari tu, jadi dah alang alang menyeluk pekasam, aku pon bercerita lah pasal masalah jiwa aku. mulalah aku emosi dekat situ. aku tiba tiba menjerit, why does the whole world remind me of him? terkejut beruk budak budak ni. aku tahu dalam hati mesti dorg menyumpah aku 'fucking bitch'!! dorg banyak sabarkan aku. kata dorg, kumbang bukan seekor.. eerrkkkk..do i looklike i care?? (tapi dalam hati laaa..) dorg cakap aku kena kuat. be strong and a smile can hide so much. yes im trying..i've tried so hard to stand by myself and it works but sometimes............. they said, never mind...usaha tangga kejayaan! (tibee tibeee). aku tgk dorg pon mcm nak nangis dengar cerita aku. aku pon tak tahu kenape. maybe they understand what i feel. big girls dont dry. cite die dry pon boleh, *cry* aku mls nk betolkan. aku appreciate sgt dorg betol2 sokong aku. tanpa mereka siapalah aku. tapi tapi tapi aku still pening dengan masalah aku ni. hari hari aku asik memikir je.. dorg kate 'dah la tuuuu..' past is past.. apa apa pun, life must go on, time will tell everything. masa tu aku masih bertapi tapi lagi.. sekali kawan aku yg sorg tu mengamok, "tapi ape lagi!! takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak babi" okay kali ni aku dh cuak, aku betol betol diam. tapi dalam hati ni masih berkata kata, i miss how happy i was with you.. always and everyday. and to my ohsem friends out there, thank you.. a friend can tell you things you don't want to tell yourself.

mari kita tgk sapa yang kenaaaa..! padan muka kena tagged.. Lana Suhaime, Eyla Sugaga, Jia Shamsuri, Lyanna Conrad, Myra Balqish, Kay Nisa, Mira Amira, Tashi-Tashi