penglipurlara

My photo
Cyberjaya, Malaysia
I'm happily turning 25. Don't too close, I'm scarier than your mother.

someday

DO FAIRY TALES COME TRUE DADDY? NO HONEY, DREAMS COME TRUE.

Saturday, January 5, 2013

Two Nuts In A Chocolate

Hari ni terasa betul ralatnya.
Hari ni terasa betul janggalnya.

Entah apa masalah rasa rindu berguni-guni, bergelen-gelen, berbukit-bukit hari ni.
Eh sabar duluuuuuuuuuuuu, rindu dekat bestfriend kita, Jia Shamsuri. hihihi.

Dulu kat rumah sewa, bangun tidur je dah tahu makcik sekor ni ada kat bilik sebelah.
Konfem-konfem lah memang dia yang bangun dulu.
kadang-kadang aku bangun je, aku baca whatsapp dia.
"Sayanggg...aku dah masak, bangun lah makan".
itu okay lagi. Yang ni best.
"Sayangg..aku dah masak. tapi aku lapar gila, kau tak bangun lagi. aku makan dulu tau?"
kahkahkah.
Dia tahu apa feveret aku. Ayam masak sos tiram. kadang2 aku terasa nak makan sotong sambal,
dia sanggup pergi Giant beli sotong besau tu and masakkan untuk aku. hewhewhew.
She's my mommy!!
Kat mana aku nak carik kawan macam ni? forever, will no, another you.

Kalau aku rasa bosan atau sedih dlm bilik, aku pergi bilik dia. memekak. menyanyi. melalak.
bergelak. Paling dia annoying bila aku ajuk suara taylor swift nyanyi lagu "ever! ever! ever!" tuuu.
hahaha. Terus kena maki aku "Sayangg diammmmmm!!!"
Kadang2 aku suka buat dia bengang marah camtu. Ntah. Tak tahu kenapa. maybe bila die bengang aku
rasa kelakar kot? sedikit sebanyak boleh buat aku geli hati.
Itu yang lagi dimarah, lagi dibuat tu. :p
Nampak? Bila kau terlampau sayang kawan kau, kau sedih cemana pun, kau tgk aje gelagat dia,
kau dah boleh senyum.
She's my sister!!
kat mana aku nak carik kawan macam ni? forever, will no, another you.

Kebetulan minat dua-dua sama. kaki karok. LOL. Pergi karok selamba jer berdua sampai
3-4 jam. mampu? haha. Itu satu hal, timing rasa gian pun  nak sama jugak.
kadang2 without any words, we are facing each other and look at our face expression pun
dah tahu dah. Terus dua-dua tersengih, start enjin kete, jalannnnnn.
teringat ada one time, a day after my birthday, tengah syok2 turn aku nyanyi,
tiba tiba aku boleh melalak menangis mcm budak kecik kena pukul. boleh?
hahaha. Jia menggelabah " Kau kenapa ni sayangggg!"
aku buat bodo jee, terus menangis melalak lagi. kahkahkah.
lepas tu slow je die dtg kat aku peluk aku, riba aku, gosok2 kepala aku.
padahal dia tak tahu kenapa aku tiba2 tengah elok nyanyi tetiba meronta2.gitu.
Dia taknak tahu dulu sebab apa. Yang penting dia pergi dulu dkt aku dan buat aku tenang.
That's my Jia. She's always be my backbone no matter what. Even benda tu kecik and simple.
Biar orang tak nampak. Aku nampak.
kat mana aku nak carik kawan macam ni? forever, will no, another you.

Hari tu masa dapat tahu aku admitted hospital, dia call aku. apo laaiiee, sebak gila
aku otp dgn dia. Dia asik pujuk aku kata jangan lah nangis. takde pape tuuu. nanti ayah
sampai lahhh. Then 20 mins ayah sampai.
"Jia ada call ayah tadi. Nak menangis dah dia tanya ayah kat mana"
K. *straight face* hahaha.
Nampak? dia bukan main pujuk aku jangan nangis. padahaaaalll............
Aku tahu dia sayang aku, tapi dia taknak tunjuk yg die risau & sedih depan aku.
she keep saying everything is gonna be okay sayang.
I was so touched when she whatsapp me on that one fine evening,

"I still love you, as always. in fact, lebih lagi syg tu tau. Makan ubat. Jangan bagi excuse
tak makan ubat. Aku takde dgn kau ni nak ingatkan kau. Kalau aku ade sebelah aku luku
je kepala kau tu klu tak makan ubat. Kalau syg kat aku, ayah mak, kak ina, abang2 semua
makan ubat, jgn skip2 okay."

she added,

"Ingat ni, dengar betul betul. Even jauh cemana pun,  even aku dah jadi bini orang nanti,
jadi mak orang, syg aku kat kau memang takkan berubah. tak kurang even sikit pun.
such my lil'sis. Besaarrrr tp manjaa!!!"

Kat mana aku nak carik kawan macam ni? forever, will no, another you.

Setakat ni, dah dua orang kawan perempuan aku yang pernah cakap jeles tengok aku dgn Jia. :) Kawan lama, semua benda buat sama-sama, dimana ada jia disitu ada aku. kecuali kalau dia pergi dating dengan Nuek lah. hewhew. Sebenarnya tahan mana friendship tu bergantung pada diri kita sendiri. Tipu lah kalau aku kata aku dgn Jia tak pernah ada rasa marah atau kecil hati. TIPU. mesti pernah punya. Cuma jarang & susah. Tapi, kalau kau betul2 sayangkan friendship tu, kenapa perlu nak rumitkan keadaan? sebab apa? untuk apa? Jalan mudah ada, sebab apa nak pergi jalan susah? Cakap depan2 klu tak suka, jangan pendam. sebenarnya kalau kau dah betul-betul sayang, sedetik kau terasa marah, tolonglah ingat saat-saat dia yang menggembirakan hati kau selama ni. apalah yang nak dibandingkan dengan rasa2 marah, bengang dan yang tak perlu dan sementara tu? Dengan Jia, terlalu banyak aku belajar. aku belajar erti kawan dan persahabatan. aku dah pun buat pilihan. aku pilih dia. untuk aku sayang, untuk aku jaga. Yang mana aku rasa aku tak perlu, dah lama aku tinggalkan. cuma aku tak cakap je. Kawan-kawan biasa boleh, memang aku banyak kawan. aku masih boleh menjadi seorang kawan baik kalau sesiapa mahu. Cuma tempat Jia, tak mungkin ada yang kedua *aku terasa mcm lesbian sekarang ni* -_____________-



Hari ni terasa betul ralatnya.
Hari ni terasa betul janggalnya.

Bangun tidur, dia dah tak ada. bangun, mandi, pergi kerja. sorang-sorang.
Dalam ofis buat kerja, rasa ralat takde dia depan mata.
Lunch, kadang2 sorang, teringat dia. Susah betul rasanya nak kira bila je
aku tak lunch dgn dia dulu.
Aku nampak apa dia makan, dia nampak apa aku makan. huuuuu.

Aku dengan dia sama-sama independent, campak mana pun mesti boleh hidup sorang.
tak bergantung harap pada org lain. we both know this. :)
Cuma rasa rindu tak dapat nak elak kadang2. bayangkan dah memang biasa sama2.
hahaha. Yang sebenarnya aku tak tahu nk buat ending entry ni. lulz

so sayangg, i always know you love me so much!
i love you too.
and thank you for being part of my life and my family.

loves,
NHH